Back To Halal News

Mar 12, 2026 9AM

Buka Puasa Dalam Kereta: Alternatif Tenang di Jalan Waktu Puncak

author

SYILDA ISMAIL

Semakin hari, kesesakan lalulintas sekitar Kuala Lumpur semakin meresahkan 


Trend berbuka puasa dalam kereta mungkin kedengaran janggal bagi sesetengah orang. Namun bagi mereka yang berulang-alik setiap hari dari Petaling Jaya ke Putrajaya, ia semakin menjadi satu keputusan yang dibuat dan bukan pilihan.


Setiap petang Ramadan, saya bergerak sekitar jam 6.30 petang. Trafik yang semakin memburuk, keletihan selepas seharian bekerja, dan rasa mengantuk ketika menghampiri waktu berbuka menjadikan perjalanan ini mencabar. Saya berhenti seketika di kedai untuk membungkus makanan dan berbuka di dalam kereta. 


Makanan yang dibeli adalah yang senang untuk disuap, tidak bersup dan berminyak, contoh Burger atau kuih muih.


Mungkin ia tidak semeriah berbuka bersama keluarga di rumah. Tiada meja makan, tiada gelak tawa. Namun saya memilih untuk melihatnya sebagai satu alternatif yang lebih tenang dan praktikal, cara mengurangkan stres dan memastikan fokus pemanduan tidak terganggu. Dalam keadaan jalan sesak dan badan letih, gangguan kecil pun boleh membahayakan.


Saya mengambil peluang sejam perjalanan itu untuk switch off dunia dan sepanjang perjalanan, saya mendengar kuliah youtube, IKIM FM, berzikir dan membaca doa. Ia menjadi ruang peribadi untuk memperlahankan diri dan menimba ilmu.  


Paling bermakna sekali ialah saat berdoa ketika waktu hampir berbuka. Di dalam kereta, saya benar-benar bersendirian dengan doa saya sendiri. Tiada gangguan, tiada perbualan, tiada dunia luar yang mencelah. Ketika itu, doa dilafazkan dengan penuh konsentrasi, lebih tenang dan lebih beremosi. 


Ada juga rakan di pejabat yang bertanya, kenapa tak pulang awal seperti rakan islam yang lain. Saya masuk ke pejabat sedikit lambat, maka saya mengambil pilihan ini untuk balik lambat dan menyiapkan kerja. 


Anak-anak saya di rumah sudah disediakan makanan berbuka puasa terlebih awal menggunakan GrabFood dan sebagainya, jadi saya tak perlu bergegas pulang. 


Tambahan ini juga membuatkan saya lebih sedar tentang disiplin diri. Apabila berbuka secara ringkas di dalam kereta dan makan sedikit sahaja apabila tiba di rumah, saya tidak lagi terdorong untuk makan berlebihan. 

 

Rutin ini secara tidak langsung membantu saya mengawal pengambilan makanan, lebih menghargai apa yang ada, dan mendengar keperluan tubuh sendiri. 


Pada saya, Ramadhan menjadi lebih bermakna apabila ia selari dengan konsep kesederhanaan bukan sekadar menahan lapar, tetapi menahan nafsu dan keinginan yang berlebihan.

 

Dari sudut lain, ia juga sangat menjimatkan. Berbuka secara sederhana mengurangkan perbelanjaan harian, mengelakkan pembaziran makanan, dan mengajar kita untuk berbelanja dengan lebih berhemah. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, pilihan kecil seperti ini memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

 

Saya juga percaya keselamatan di jalan raya adalah satu amanah. Ramai pemandu memaksa diri untuk terus memandu dalam keadaan terlalu lapar, letih dan tidak fokus semata-mata mahu sampai ke rumah sebelum azan. Hakikatnya, sedikit berhenti, makan dan menenangkan diri jauh lebih selamat. Nyawa kita dan orang lain di jalan raya jauh lebih berharga.

 

Bagi saya, perjalanan dari Petaling Jaya ke Putrajaya setiap Ramadan bukan sekadar rutin pulang kerja. Ia menjadi ruang refleksi, ruang sunyi yang mendidik saya tentang sabar, syukur dan ‘slowing-down’. 

 

Buka puasa dalam kereta mungkin sederhana, tetapi di situlah saya belajar bahawa ketenangan tidak semestinya hadir di meja makan yang besar, kadangkala ia hadir di sebalik stereng, dalam doa yang perlahan, dan perjalanan pulang yang selamat.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Mar 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:03

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:19:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:35:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:36:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase